Sabtu, 3 September 2011

Zoo Taiping Perak To Bukit Merah

Potret sebagai lukisan memori bagi keluarga ku...
                                           Akan tersimpan hari ini untuk selamanya...
                                                                                          Tiada lagi yang paling indah selain
                                                     Bersama keluarga....


Hari raya hari raya, hari raya... selamat menyambut hari raya bagi yang muslim....
Bila hari raya je, ada kesempatan untuk bercuti... menyambut hari raya,!!!! Tapi kami sekeluarga, bkn beraya di mana-mana rumah kengkawan. Saya ada juga kawan berbangsa melayu. Ramai juga...
Tapi tahun ini beraya kat Zoo taiping perak...
Merika di sana juga menyediakan hidangan bagi pengunjung... hahaha....
Tapi bkn makanan. hanya pemandangan yang indah..


Di Zoo melihat bermacam-macam haiwan, fikiran boleh jadi tenang. Tidak salah kalau saya katakan, tempat-tempat macam inilah yang sedikit sebanyak, menambahkan keakraban antara satu yang lain dalam  sekeluarga.

Tidak lepaskan peluang bergambar berlanskepkan, gajah...
hehehe.. biasalah, dalam hidup ini, kalau boleh semuanya kita nak...
























Selamat tinggal zoo... t'rima kasih memberi kami kesempatan
melakar seribu kenangan...
Lain tahun ada reziki lagi, akan kembali melawat mu....

My Hero Foto




      Tiada Lagi Yang Lebih Berharga Berkat Pemberian Tuhan...
      Kau Melebihi Emas dan Perak, Melebihi Segalanya...

Jumaat, 2 September 2011

Antara adat dan tradisi pernikahan, kaum batak siantar medan indonesia.

Inilah antara adat istiadat dan tradisi pernikahan
bagi kaum batak di siantar medan indonesia.


Adat dan tradisi merika agak unik dan lain dari suku-suku yang ada... Dan merika juga sangat mementingkan ketradisian merika...


Oh yah... sebelum saya bercerita lebih panjang lagi, ada baiknya, saya kenalkan serba sedikit idintiti diri saya. Saya dari suku kaum rungus, dari kg.lihing pitas kota marudu sabah. Atau lebih di kenali "Momogun".
Ringkaskan cerita, saya berkenalan dengan seorang gadis batak, yang masa itu bekerja di presico. di perai butterworth pulau pinang, yang membawah perkawinan. Dan kami berkahwin mengikut ajaran agama kristian.
Berbalik kepada adat istiadat kaum batak, merika ini sangat mementingkan adat dan ketradisian yang di wariskan dari nenek moyang lagi.
Sebenarnya kaum batak ini, terbahagi kepada banyak suku, yang bahasa sama. Contohnya, ada Batak karo, Batak toba. Dan adat istiadat merika juga sama, cuma setiap suku-suku ini, tradisi nya di bezakan dengan cara penyusunan acara ketradisian merika. Tapi secara keseluruhannya, adalah sama.

Salah satu keunikan kaum merika, khusus yang bukan kaum merika mengahwini kaum merika,
perlu ada "Marga". dan marga ini adalah nama keturunan tiap-tiap keluarga. Oleh itu saya harus merika carikan satu keluarga untuk di jadikan bapa dan ibu anagkat, untuk mendapatkan marga.
Inilah bapa dan ibu angkat saya dalam suku kaum batak di siantar medan.
Marga saya "SIRAIT".

Ada satu lagi keunikan tradisi merika... iaitu.
dalam proses mengambil penerimaan sebagai keluarga angkat, ada satu lag adat seakan ritual, untuk mengesahkan saya sebagai anak angkat merika, dan merika orang tua angkat saya, bah untuk menjadikan anak dan orang tua kandung...
Inilah antara acara yang saya maksudkan....
si ibu dan anak di sarungkan kain sarung, untuk menggambarkan ibu kandung menggendong anak kandung nya... sambil kepal acara yang di pilih, membacakan perkataan-perkataan tertentu mungkin. Sebab saya pun tdk faham apa yang di katakannya,. apa yang saya tahu, ini adalah antara acara mengsahkan yang saya adalah anak kandung merika.

Ini mungkin agak pelik bagi saudara yang belum pernah melihatnya,. tapi bagi saya yang telah mengalaminya, ianya meninggalkan kesan dalam hati 

Merika begitu iklas dan sudi merima anak angkat... bahkan ianya di anggap sebagai reziki dari Tuhan.
Kerana anakkan adalah pemberian Tuhan..... jadi merika menganggap saya mcm anak kandung .

Berbalik kepada pernikahan, suku kaum batak ini, tidak boleh di jalankan acara adat istiadat pernikahan, jika pengantin lelaki, tidak di sertai atau di iringi oleh kedua orang tuanya. Ini memang wajib.
Maka itulah saya di carikan sepasang keluaga., sebagai ganti orang tua sebenar saya di saat acara adat istiadat di jalankan. Tapi harus di ketahui, merika ini memang benar-benar menganggap saya ank kandung merika...


Antara acara-acara semasa adat istiadat pernikahan di jalankan...

Kebaktian singkat di perkarangan halaman rumah pengantin lelaki, kerana kami sebenarnya sudah di berkati di greja Hope Assembly., di butterworth pulau pinang,
Dan ini hanya tinggal hendak menjalankan adat istiadat dan tradisi kaum batak.
Beginilah keadaan nya....Ringkas tetapi ehem...ehemm... Kami ada juru kemira vedio tau...




Dan inilah pemberkatan kami di greja hope Assembly.....





Apa macam...?
O.K Tak...?





Ini antara acara adat istiadat... yang di panggil
"MANORTOR"

Ini bukan sembarang tarian tapi ada ertinya. 
Pengantin lelaki dan perempuan, di iringi
ahli keluarga terdekat pengantin lelaki,
mengelilingi ruang yang ada di mana para undanagan 
utuk memberi penghermatan.
Atau lebih jelas, menyambut tetamu.
Sambil para ahli kugiran memainkan muzik.


Sesekali di selitkan acara berhibur, berjoget bersama pengantin.
Para ahli keluarga berpegang tangan mengelilingi pengantin, sambil berjoget.
Yang ini para tetamu undanagn memberi salam kepada pengantin dan orang tua pengantin. Sambil Manortor.
Beginilah antara adat istiada tradisi bagi pernikahan kaum batak.
Walau pun agak lain tapi saya terharu dan seronok, kerana merika begitu mementingkan ketradisian merika.
Dan acara ini berlangsung dari jam 8 pg, sampai jam 8malam. 
Hanya 1jam sahaja pengantin bebas dari acara pengistiadatan, dan boleh berihat.
Yang lainnya tu berdiri terus, sesekali di iringi muzik.

       Horas.....
   Sirait